Piagam SMK Puteri

KAMI, WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN PUTERI,
SEREMBAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM,
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI UNTUK

MURID
  • Melaksanakan sistem pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara.
  • Memberi bimbingan dan perkhidmatan yang bermutu ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang.
  • Menghasilkan golongan pelajar yang mengamalkan nilai-nilai positif dan kriteria-kriteria yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • nBerusaha menangani masalah perilaku pelajar dengan pendekatan penyayang.
  • Memberi bimbingan dan didikan yang sama rata kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.
  • Sentiasa mengambil berat tentang prestasi akademik serta pembangunan kerohanian setiap pelajar.
  • Sentiasa mengambil berat dan membantu pelajar dari segi kebajikan dan keselamatan di sekolah.
  • Menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk Pendidikan dan Pembelajaran (P&P).
 
STAF
  • Menjalinkan hubungan yang baik dan erat di kalangan guru dan pentadbir.
  • Bertindak dengan segara dan tepat bagi setiap kehendak perkhidmatan.
  • Sentiasa memberi perkhidmatan terbaik secara adil dan saksama.
  • Berusaha menjaga kebajikan staf.
 
MASYARAKAT
  • Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang mesra dan harmoni antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti melalui sistem penguruan yang profesional dan peka kepada setiap perubahan.
  • Bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk kepentingan bersama.
  • Mengambil tindakan segera terhadap setiap maklumat.
 
KPM/JPN/PPD
  • Memberi maklumat yang tepat dan menepati masa.

No comments:

Post a Comment